Notis

Kepada pelanggan yang dihormati,

Pada awal tahun ini, satu transformasi utama berlaku dalam industri telekomunikasi dengan niat untuk memberi nilai tambah dari segi perkhidmatan kepada para pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada perubahan ini, Telekom Brunei Berhad (TelBru) perniagaan akan dipindahkan sepenuhnya kepada anak syarikat kami, Imagine Sdn. Bhd. Oleh itu, menjelang 1 Januari 2020 Imagine akan menjadi penyedia perkhidmatan baru awda setelah mengambil alih dari TelBru.

Kami menjaminkan pemindahan telekomunikasi dari TelBru kepada Imagine. Sdn. Bhd. akan berjalan dengan lancar dan tidak akan mengganggu pengalaman perkhidmatan awda. Sebagai pelanggan TelBru, awda akan terus menikmati perkhidmatan yang sama seperti sekarang.

Pelanggan yang melanggani perkhidmatan-perkhidmatan berikut dengan TelBru akan menjadi pelanggan Imagine Sdn. Bhd. mulai 1 Januari 2020:

1) Perkhidmatan Jalur Lebar TelBru (Broadband)
2) Perkhidmatan Suara TelBru (Voice Services)
3) Radio Mudah Alih Digital TelBru (DMR)
4) WiFi Seluruh Negara TelBru (Nationwide WiFi)
5) Perkhidmatan Leased Line TelBru
6) Perkhidmatan Emel Brunet
7) Perkhidmatan eDomain
8) Perkhidmatan Persidangan Video
9) Perkhidmatan tambahan lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada: Aplikasi MyTelBru, Cakapp dan lain-lain

Kami teruja untuk membawa awda dalam perjalanan ini dan kami berharap awda akan sertai kami. Jika awda mempunyai sebarang bantahan atau kebimbangan mengenai perubahan ini dari segi pembekalan perkhidmatan, sila maklumkan kepada kami di Telekom Brunei Berhad (TelBru) secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum 1 Januari 2020 (Alamat: RBA Plaza, Jalan Sultan, BS 8811 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam). Jika awda tidak menghubungi kami dalam masa tempoh tersebut, kami akan menganggap awda telah bersetuju dengan pemindahan ini. Imagine Sdn. Bhd. akan memaklumkan semua pelanggan TelBru mengenai pemindahan ini melalui saluran yang kami percaya boleh diterima termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), emel, melalui surat, atau pemberitahuan melalui laman web kami.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa cawangan-cawangan kami akan terus menerima pembayaran bil melalui wang tunai, cek, dan kad kredit. Awda juga boleh membuat pembayaran melalui laman web Imagine atau melalui aplikasi mudah alih kami selepas 1 Januari 2020. Pembayaran bil melalui cek dan pemindahan bank akan terus dibuat kepada Telekom Brunei Berhad sehingga notis selanjutnya. Pembayaran bil melalui Pihak Ketiga iaitu melalui saluran bank (kaunter, perbankan atas talian/aplikasi bank atau mesin deposit) akan terus mencerminkan Telekom Brunei Berhad sehingga notis selanjutnya. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang berkaitan untuk mebawa jenama kami ke saluran-saluran tersebut bagi kemudahan awda.

Untuk pertanyaan selanjutnya sila hubungi kami terus di talian Perkhidmatan Pelanggan 111 atau melawati mana-mana cawangan terdekat kami.

Terima Kasih.

Dengan Hormat,
Telekom Brunei Berhad (TelBru)


Notice

Dear Valued Customers,

Earlier in the year, a major transformation took place within the telecommunications industry with the intention of providing better value and service to our customers. As part of this change, Telekom Brunei Berhad (TelBru) businesses will be transferred wholly and entirely to our subsidiary company, Imagine Sdn. Bhd. Hence, by 1st January 2020 Imagine will now be your new service provider, taking over from TelBru.

Please be assured that there will be seamless and uninterrupted transfer of telecommunication services from TelBru to Imagine Sdn. Bhd. As an existing TelBru customer, you will continue to enjoy the same services as per your current subscribed services.

Customers who subscribe to the following type of telecommunication services with TelBru will become the customers of Imagine Sdn. Bhd. as of 1st January 2020:

1) TelBru Broadband Service
2) TelBru Voice Service(s)
3) TelBru Digital Mobile Radio (DMR)
4) TelBru Nationwide WiFi
5) TelBru Leased Line Service(s)
6) Brunet Email Service
7) eDomain(s) Service
8) Video Conferencing Service
9) Other additional services including but not limited to: MyTelBru App, Cakapp and others.

We are excited to have you on this journey and we hope that you will join us. However, should you feel differently and not wish for this change to happen, please do notify us at Telekom Brunei Berhad (TelBru) in writing at least seven (7) days prior to 1st January 2020 (Address: RBA Plaza, Jalan Sultan, BS 8811 Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam). If we do not hear from you by then, we will gladly deem you to have agreed on the proposed transfer. Imagine Sdn. Bhd. will notify all TelBru customers in a manner which we believe is acceptable, which includes but not limited to Short Message Service (SMS), emails, letters or notifications on our website.

We also take this opportunity to inform you that all branches will continue to collect bill payments through cash, cheques, and credit card. You may also continue to make bill payments through Imagine’s website or mobile application after 1st January 2020. Bill payments through cheques and bank transfers will continue to be made to Telekom Brunei Berhad until further notice. In addition, all Third-Party Bill payments through bank channels (i.e. counters, bank online banking/application or deposit machines) will continue to reflect Telekom Brunei Berhad until further notice. We will continue to work with our relevant partners to bring our brand to these channels for your convenience.

Should you have any further queries or concerns, please call us directly at our Customer Care 111 or visit any of our nearest branch.

Thank You.

Yours Sincerely,
Telekom Brunei Berhad (TelBru)